- Perkataan Diftong adalah terdiri daripada suku kata yang mengandungi dua atau tiga huruf vokal yang bercantum.
- Huruf-huruf vokal (V) yang bercantum adalah seperti ai, au, ei, ia, io, iu, oa, oi, ou, ua, ui, uo, uai, dan aui.
- Vokal yang bercantum ini menjadi suku kata apabila digabungkan dengan huruf-huruf konsonan (K) samada pada awal atau akhir suku kata tersebut. Contohnya pai, koi, dua, sia, mau dan banyak lagi.
- Sukukata-sukukata ini boleh dicantum dengan sukukata-sukukata lain untuk membentuk perkataan diftong. Contohnya tapai, biawak, tembaikai dan sebagainya.
- Terdapat juga sukukata-sukukata diftong ini yang boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan. Contohnya dia, tua, pau, lai dan banyak lagi. (KVV)
- Manakala apabila sukukata diftong diapit dengan dua konsonan pada awal dan akhirnya, ia dipanggil perkataan vokal berganding (KVVK). Contohnya buah, kuih, seluar, perempuan dan sebagainya.
- Untuk memudahkan pembelajaran perkataan diftong ini, pelbagai pola bacaan boleh digunakan contohnya KVV, KV+KVV, KVV+KV, KVK+KVV, KVV+KVK dan sebagainya. V adalah huruf vokal (a,e,i,o,u) manakala K adalah huruf konsonan (selain daripada vokal)
INFO
Apakah itu Perkataan Diftong ?
Langgan:
Catatan (Atom)
itu maksud diftong....terima kasih cikgu
BalasPadam